Rabu, 23 Oktober 2013

Khutbah Terakhir Nabi Muhammad SAW 9 ZULHIJJAH TAHUN 10 HIJRAH, DI LEMBAH URANAH, GUNUNG 'ARAFAH

"Wahai manusia dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini. Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah bahwa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti akan membuat perhitungan atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba', oleh itu segala urusan yang melibatkan riba' hendaklah dibatalkan mulai sekarang. Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil. Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik! dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ke atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina. Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini. Sembahlah Allah, dirikanlah solat lima kali sehari, berpuasalah di Bulan Ramadhan, tunaikanlah zakat dan harta kekayaan kamu dan kerjakanlah ibadah haji sekiranya mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak ada seorangpun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan amal soleh. Ingatlah bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan atas segala apa yang telah kamu lakukan. Oleh itu, awasilah tindak-tanduk kamu agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku. Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku. Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku ini menyampaikannya pula kepada orang lain dan hendaklah orang yang lain itu menyampaikannya pula kepada orang lain dan begitu seterusnya. Semoga orang yang terakhir yang menerimanya lebih memahami kata-kataku ini dari mereka yang mendengar terus dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya aku telah sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba- Mu. "

Puisi Terakhir Imam Ghazali

Puisi Terakhir Ghazali Katakan pada sahabatku, tatkala mereka melihatku mati Menangis untukku dan berkabung dalam kedukaan Jangan percaya bahawa mayat ini yang engkau lihat adalah diriku Dengan nama Allah, aku katakan padamu, itu bukan aku. Aku roh, dan ini hampa melainkan daging Itu rumah dan pakaianku untuk sesuatu masa Aku perbendaharaan, oleh azimat tersembunyi Digayakan oleh debu, yang membantuku sebagai permakaman Aku mutiara, yang telah meninggalkan kulitnya terbiar Aku burung, dan tubuh ini sangkarnya dari mana aku terus terbang dan meninggalkannya sebagai ingatan puji-pujian kepada Allah yang membebaskanku dan menyediakan tempatku di tingkat syurga teratas sehingga kini aku telah mati, walau hidup dalam kabusmu kini aku hidup dalam kebenaran, dengan kubur – baju dibuang hari ini aku bercakap dengan para wali di atas tanpa tabir antaranya, aku lihat Allah depan berdepan. aku lihat “Loh-i-Mahfuz” dan di situ aku baca apa saja telah dan kini dan semua yang akan jadi. Biarkan rumahku jatuh menjadi puing, letakkan sangkarku di tanah Buangkan tangkal, itu hanya ingatan, bukan lagi Tepikan jubahku, itu hanya pakaian luarku Letakkan semua ke dalam kubur, lupakan saja Aku telah meninggalkan perjalananku, dan engkau tinggal di belakang Tempat tinggalmu bukan untuk rumahku Jangan fikir kematian itu kematian, bukan- itulah kehidupan Kehidupan melewati semua yang upaya kita impi sementara di dunia ini, di sini kita diberi tidur Kematian adalah melainkan tidur, tidur yang akan berpanjangan Jangan takut pabila kehadiran malam kematian Tidak lain perjalanan ke rumah yang dirahmati Fikirkan keampunan dan kasih sayang Rabbmu Ucap syukur atas kurnia-Nya dan hadirlah tanpa takut Apa aku kini, engkau juga akan begitu Kerna aku tahu engkau juga akan sepertiku Roh semua manusia datangnya dari Allah Semua tubuh dari yang sama Kebaikan dan kejahatan, sama milik kita Aku sampaikan khabar gembira Semoga ketenangan dan kegembiraan dari Allah menjadi milikmu.