Pesanan Untuk Lelaki
"Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang
mananah,dan yang hananah,dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang baraqah dan yang syadaqah"-
wanita Ananah:
banyak mengeluh dan mengadu, dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.
wanita Mananah:
suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini menyatakan 'aku membuat itu keranamu'.
wanita Hananah:
menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.
wanita Hadaqah:
melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.
wanita Baraqah:
ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.
wanita Syadaqah:
banyak cakap, tidak menentu lagi bising.
=) btul2 ;)
BalasPadamSaya laki, thanks untuk entri ni...harap wanita lain pun membaca...hehe
BalasPadam