Isnin, 21 Jun 2010

segitiga bermuda

Muhammad Isa Dawud, seorang pakar jin dari Mesir, mengungkapkan bahawa ternyata iblis mempunyai banyak istana. Dia pindah dari satu istana ke istana yang lain untuk mengatur kerajaannya yang sangat besar. Dari sanalah mereka mengendalikan seluruh aktiviti untuk menyesatkan manusia.
Al-Quran memberikan isyarat mengenai dua lautan yang mengalir, yang mempunyai suatu ajaiban. Firman Allah SWT bermaksud :
"Dua lautan mengalir, dan kemudian bertemu. Antara keduanya ada batas yang tidak dilalui masing-masing." (Ar-Rahman : 20-21)

1. MISTERI YANG SUKAR DIBUKTIKAN

Dengan itu, bukankah pasukan iblis bersama sekutu-sekutunya dari kalangan jin, boleh dikatakan sebagai pihak yang bertanggung-jawap terhadap hilangnya ratusan pesawat dan kapal-kapal laut yang memasuki Segi tiga Bermuda?
Pesawat-pesawat dan kapal laut yang dinyatakan hilang di Segitiga Bermuda itu tidak diketahui jejaknya lagi. Kebiasaannya, pesawat ataupun kapal laut yang mengalami kecelakaan ataupun tenggelam, dapat diketahui jejak atau bangkainya. Tetapi semua pesawat dan kapal yang hilang di Segitiga Bermuda tidak dapat dikesan sama sekali. Padahal pesawat dikendalikan oleh pilot dan nakhoda yang cekap.
Dari rakaman-rakaman yang berhasil ditemukan, dan setelah diadakan penyelidikan, kehilangan pesawat-pesawat dan kapal-kapal tersebut tetap masih merupakan misteri yang sukar untuk dibuktikan.

2. MISTERI SEGITIGA BERMUDA

Antara pesawat-pesawat dan kapal-kapal yang hilang antara lain:
Pesawat Star tiger, tanpa sebab-sebab yang jelas dan tanpa mengirim laporan apa pun, tiba-tiba lenyap dalam perjalanan ke Segitiga Bermuda. Padahal sebelumnya pilot telah mengumumkan bahawa sebentar lagi mereka akan mendarat ditempat yang dituju tanpa sebarang halangan.
Pesawat DC-3 dengan 35 penumpang hilang dalam jarak 80km ke selatan Miami, tidak jauh dari Bermuda.
Pesawat Star Areal yang hampir sama dengan pesawat Star Tiger, berangkat untuk meninggalkan Bermuda. Pilot mengumumkan bahawa cuaca sangat baik. Malangnya, pesawat tersebut tiba-tiba hilang tanpa dapat dikesan bangkainya.
Sebuah kapal laut yang bernama Mary Silhouet, ditemukan sedang terapung-apung ditengah laut Bermuda dalam keadaan kosong. Penumpangnya seorang paderi dengan isteri dan seorang anak serta 8 kelasi kapal.
Kapal Carol Darling mendekati pantai Carolina Utara tanpa seorang pun penumpang kecuali 2 ekor kucing. Sedangkan kelasi kapalnya yang berjumlah 13 orang hilang tanpa jejak. Kapal tersebut dalam keadaan baik, dengan enjinnya yang masih berfungsi. Yang sangat aneh dalam peristiwa ini adalah di kapal itu terdapat sebuah meja makan dengan sisa-sisa makanan yang masih belum dibersihkan. Nampaknya, suatu kejadian aneh telah berlaku dengan tiba-tiba.
Kapal Houwitz tiba-tiba hilang bersamaan dengan peristiwa yang menimpa kapal Carol Darling, bahkan berlaku dalam waktu dan tempat yang sama. Kerajaan Amerika Syarikat sebelumnya meyakini bahawa kejadian yang menimpa dua kapal itu disebabkan oleh para lanun laut.
Kapal Skylob, sebuah kapal paling besar milik Amerika Syarikat tiba-tiba hilang diSegitiga Bermuda. Kerajaan Amerika merasa hairan bagaimana kapalnya hilang begitu sahaja tanpa dapat dikesan. Padahal kapal tersebut berlayar dalam cuaca yang amat baik dengan 300 kelasi. Seandainya kapal itu mengalami kesukaran ataupun gangguan, tentunya mereka mengirimkan berita ataupun meminta bantuan, kerana kapal itu dilengkapi dengan radar dan alat-alat komunikasi yang serba canggih.
Lima pesawat tempur Amerika jenis TTB30 Finger bertolak dari pangkalannya di Lorderdile Florida. Kelima-lima pesawat itu terbang untuk meronda dan melakukan misi penyelamatan kapal-kapal yang mengharungi lautan. Ketika jam menunjukkan pukul 3 petang, misi tersebut selesai melaksanakan tugasnya. Saat itu komando ekspedisi, Leftenan Charles Taylor, Memberi arahan agar segera kembali ke pangkalan. Tiba-tiba terdengar peringatan pertama kejadian bencana. Menara pengawas di Lorderdile Florida mendengar suara ketua ekspedisi Charles Taylor, Teks ucapannya yang dapat dirakam : " Disini Leftenan Charles Taylor, apa dapat didengar ...? Harap dijawab... Kami kehilangan petunjuk untuk kembali ... kami tersesat... saya tak dapat melihat daratan!... Saya tak tahu arah barat .... semua yang ada di sekitar saya kacau... aneh... bahkan kawasan di mana kami berada sekarang tidak kami kenali... nampaknya... nampaknya... nampaknya..." Tiba-tiba suara Charles Taylor terputus. Ketua menara pengawas Lorderdile, Komander Dersink segera mengirimkan pasukan khusus untuk menyelamatkan kelima-lima pesawat itu. Dengan kecepatan yang luar biasa, berangkatlah pesawat tempur Angkatan laut Amerika dengan mebawa 13 pakar yang sangat berpengalaman dalam tugas-tugas penyelamatan. Ketika pasukan penyelamat itu tiba ditempat tujuan, tiba-tiba pesawat khusus itu hilang secara misteri tanpa dapat dikesan sedikit pun. Dengan itu lima pesawat peronda ditambah sebuah pesawat khusus yang membawa 13 pakar penyelamat, hilang secara tiba-tiba di Segitiga Bermuda.

3. KERAJAAN IBLIS

Demikianlah berbagai peristiwa misteri Segitiga Bermuda. Sehingga ianya dikenali juga dengan sebutan "KUBURAN ATLANTIK"
Walaupun berbagai kajian dibuat untuk mengungkapkan misteri Segitiga Bermuda, satu hal yang sering dilupakan oleh para pengkaji dan peniliti adalah bahawa di segitiga Bermuda terdapat pusat pemerintahan mahluk ghaib dan markas kejahatan. Ditempat itu pula terdapat singgahsana pusat kerajaan iblis yang dikutuk Allah SWT, dan bahawasanya jin termasuk di dalam struktur pemerintahan maharaja iblis.
Menurut pendedahan Muhammad Isa Dawud, masyarakat jin adalah masyarakat yang sangat maju dan memiliki peradapan yang amat tinggi, jauh meninggalkan masyarakat manusia, khususnya dalam menggali dan mengolah benda-benda alam dan unsur-unsur perlombongan. Bahkan mereka telah berjaya menciptakan barang lombong yang bercampur dengan emas dan tembaga dan menghasilkannya kaedah yang tidak mungkin dapat dilakukan manusia, kecuali di zaman Nabi Sulaiman AS.
Jin yang bernama Musthafa melaporkan kepada Muhammad Isa Dawud : " Aku mahu menyampaikan suatu berita yang sangat penting, Amerika, Inggeris dan Jerman bermaksud membongkar rahsia Segitiga Bermuda. Mereka membuat satelit baru yang khusus untuk mengkaji keajaiban Bermuda, di samping satelit-satelit yang telah mereka meluncurkan sebelumnya. Ternyata mereka tidak dapat membongkar rahsia Bermuda. Sebab keajaiban yang ada disana bukanlah keajaiban yang dapat dilihat dengan mata. Sebab disana terdapat sebuah kerajaaan iblis yang sudah sangat tua sekali usianya. Bagaimanapun mereka tidak akan membahayakan sesiapa saja yang tunduk kepada Allah SWT. Sesungguhnya bila ada seorang Muslim yang melewati daerah maut itu, dan ia membaca ayat-ayat Al-Quran, nescaya iblis bersama pasukannya tidak dapat mencelakakannya.
Petikkan dari Kisah-kisah benar jin oleh Abu Hikmah Al-Husni

6 ulasan:

  1. sesungguhnya Jin, syaitan dan iblis itu wujud..cuma tidak dapt dilihat dgn mata kasar sahaja...subhanallah!

    BalasPadam
  2. huish... seram gak eh kalau tbe2 ilang cam2

    BalasPadam
  3. susungguhnya tidak aku jadikan jin dan manusia itu melainkan untuk beribadah kepadaKu...

    BalasPadam
  4. i read about it too. anything can b with kuasa Allah swt.

    BalasPadam
  5. pasukan iblis sekarang sudah bnyak menampak kan diri..
    misal manusia maksiat...

    BalasPadam
  6. Allah SWT Maha Besar....mesti ada sebab kejadian semua itu berlaku....Hanya Allah SWT sahaja maha mengetahiunya...

    BalasPadam