Selasa, 31 Mac 2015

Apakah maksud di sebalik 786 yang sering terpampang di papan tanda perniagaan India Muslim. Terdapat dua pandangan dalam menjelaskan maksud dan misteri di sebalik penggunaan nombor 786 yang jelas kelihatan di setiap perniagaan restoran India Muslim. Pandangan pertama merujuk kepada kaedah memberi nilai angka kepada huruf-huruf Arab. Ia bukanlah diperkenalkan oleh India Muslim. Penggunaan nilai nombor kepada huruf-huruf arab sudah lama dipraktikkan dan mudah dilihat dalam perubatan kuno tempatan yang menjadikan ia sebagai bahan perubatan alternatif. Setiap huruf dalam bahasa Arab diberikan nilai nombor yang berbeza. Daripada gambar di atas ni, ditunjukkan bahawa setiap huruf ada nilai-nilai dia yang tersendiri. Jadi, dalam ayat basmalah, hasil tambah semua nilai-nilai huruf tersebut ialah 786. Kalau tidak percaya korang boleh je nak kira. Selamat mencuba... Perubatan tradisional kuno pernah menjadikan nilai-nilai nombor ini sebagai susunan kombinasi yang digabung menjadi tangkal. Melalui inisiatif penjelasan pendidikan agama kepada masyarakat secara berterusan, ia tidak diamalkan pada hari ini. Nombor 786 yang digunakan oleh peniaga India Muslim di papan perniagaan bukanlah tangkal sebagaimana dilakukan oleh pengamal perubatan tradisional kuno. Nombor-nombor yang wujud di papan tanda tersebut membawa kepada maksud perkataan bismilah. Pandangan kedua mengatakan nombor 786 yang tertera di papan tanda perniagaan India Muslim membawa kepada formula asas kepada perniagaan India Muslim. Ia melambangkan proses penciptaan keuntungan dalam perniagaan dan pengurusan modal pusingan bagi apa-apa perniagaan yang diceburi. Formulanya ialah jika modal berjumlah tujuh ringgit, jual pada nilai lapan ringgit. Pusingkan modal semula sebanyak enam ringgit selepas itu. " Tujuh ringgit modal, lapan ringgit jual, enam ringgit pusing semula." sumber:http://bisnesmamak.wordpress.com/2007/04/02/rahsia-sebalik-786/

Assalamualaikum.. selamat pagi.. sama-sama kita doa dan mohon kepada Allah swt supaya kita menjadi orang yang sabar...