Isnin, 6 April 2015

BEZA WANGIAN LELAKI DAN WANITA

BEZA WANGIAN LELAKI DAN WANITA Sunnah Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam mengajar kita untuk sentiasa wangi dan tidak membiarkan badan kita berbau busuk. Akan tetapi terdapat perbezaan kecil dalam isu wangian daripada sudut hukum untuk lelaki dan perempuan. عَنْ أَنَسٍ ، أَنّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ Anas bin Malik radiallahu 'anhu meriwayatkan Nabi sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: حُبِّبَ إِلَيَّ مِنَ الدُّنْيَا النِّسَاءُ ، وَالطِّيبُ ، Hal dunia yang dicintaiku ialah wanita dan wangian. وَجُعِلَ قُرَّةُ عَيْنِي فِي الصَّلَاةِ Dijadikan penyejuk mata ku ketika solat. [Musnad Ahmad, Musnad Sepuluh Yang Dijanjikan Syurga, Musnad Anas bin Malik, hadis no: 12065, Shaikh al-Arnaouth: Isnadnya hasan] Hadis di atas umum, akan terdapat hadis yang khusus untuk wanita: عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : Abu Hurairah radiallahu 'anhu berkata: Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: إِذَا خَرَجَتِ الْمَرْأَةُ إِلَى الْمَسْجِدِ ، Apabila seorang wanita pergi ke masjid, فَلْتَغْتَسِلْ مِنَ الطِّيبِ كَمَا تَغْتَسِلُ مِنَ الْجَنَابَةِ hendaklah dia mandi untuk menghilangkan bau wangian sebagaimana dia mandi wajib. [Sunan An-Nasaie Al-Kubra, Kitab Perhiasan, Mandinya Seorang Perempuan Untuk Menghilangkan Wangian, hadis no: 9063] Beza wangian lelaki dan wanita ialah: عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " طِيبُ الرِّجَالِ مَا ظَهَرَ رِيحُهُ وَخَفِيَ لَوْنُهُ ، Abu Hurairah radiallahu 'anhu berkata: Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: Wangian lelaki apa yang jelas baunya dan tersembunyi warnanya. وَطِيبُ النِّسَاءِ مَا ظَهَرَ لَوْنُهُ وَخَفِيَ رِيحُهُ Wangian wanita apa yang jelas warnanya dan tersembunyi baunya. [Sunan at-Tirmiz, Kitab al-Adab, hadis no: 2730, hadis hasan] Realiti yang kita lihat di zaman kini adalah berbeza daripada apa yang tertulis dalam hadis-hadis di atas. ~~~~~~~~~~~ SEMINAR HADIS 40, 11 & 12 April 2015, UIAM Gombak.-->