Khamis, 30 Ogos 2012

Ketahui Proses Kejadian Nabi Adam A.S

Kita selalu mendengar kisahnya Nabi Adam AS.Dan kita juga terlalu tahu tentang kejadianya manusia itu adalah dari tanah. Tetapi apakah kita tahu akan tanahnya itu? Apakah kita tahu akan prosesnya kejadian itu? Mari kita baca kupasan yang sedikit ini, mudah-mudahan kita lebih mengetahui tentangnya dan Insyaallah dapatlah kita mempelajarinya bersama-sama. Berpesan- pesanlah pada kebaikan dan berpesan-pesanlah pada kesabaran. BETAPA PAYAHNYA MALAIKAT-MALAIKAT MEMINTA TANAH DARI BUMI UNTUK NABI ADAM AS (ABUL BASYAR / Bapa segala manusia) Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam. Akan tetapi apabila beliau sampai ke bumi, bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam kerana bumi kuathir Adam akan menjadi maksiat kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Allah memberitahu bahawa ia tidak dapat berbuat apa-apa apabila mendengar mendengar sumpah bumi. Setelah itu, Allah memerintah malaikat Mikail. Jawapan bumi masih sama lalu Allah memerintahkan malaikat Israfil dan jawapan bumi masih tidak berganjak. Masing-masing kembali dengan jawapan yang hampa.Akhirnya, Allah menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi.Kata Allah: ” Hai Izrail! Engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan, jangan engkau mundur. Katakan bahawa kerjamu atas perintah dan atas namaKu.” Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka akhirnya bumi mengizinkan tanahnya diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah,kembalilah ia ke hadrat Allah. Lalu Allah berfirman: “Ya Izrail, pertama engkau yang Ku tugaskan mengambil tanah, dan kemudian di belakang hari kelak akan kutugaskan engkau mencabut roh manusia.” Maka kuathirlah Izrail kerana bimbang akan dibenci oleh umat manusia.Lalu Allah berfirman lagi: “Tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu. Aku yang mengaturnya, dan aku jadikan kematian mereka itu bersebab antaranya terbunuh, terbakar, sakit dan sebagainya. JENIS TANAH YANG DIGUNAKAN: 1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Mugaddis 2. Tanah Bukit Tursina 3. Tanah Iraq 4. Tanah Aden 5. Tanah Al-Kautsar 6. Tanah tempat bakal berdiringa Baitullah 7. Tanah Paris 8. Tanah Khurasan 9. Tanah(Babylon) 10. Tanah India 11. Tanah syurga 12. Tanah Tha’if Menurut Ibnu Abbas: 1. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis kerana disitulah berada otak manusia,dan disitulah tempatnya akal. 2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat. 3. Dahinya dari tanah Iraq,kerana disitu tempat sujud kepada Allah. 4. Mukanya dari tanah Aden, kerana disitu tempat berhias dan tempat kecantikan. 5. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar, tempat menarik perhatian. 6. Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat memanis-manis. 7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah,untuk mencari nafkah dan kerjasama,sesama manusia. 8. Tangan kirinya dari tanah Paris,tempat beristinjak. 9. Perutnya dari tanah Babylon. Disitulah tempat seks(berahi) dan tipudaya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa. 10.Tulangnya dari tanah Bukit Thursina,alat peneguh tubuh manusia. 11.Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan jalan. 12.Hatinya dari tanah syurga Firdaus,kerana disitulah iman, keyakinan,ilmu, kemahuan dan sebagainya. 13.Lidahnya dari tanah Tha’if, tempat mengucap Syahadat, bersyukur dan berdoakan kepada Tuhan. PROSESNYA KEJADIANNYA: 1. Ketika Allah jadikan Adam, tanah itu dicampur dengan air tawar, air masin, air hanyir, angin dan api. Kemudian Allah resapkan Nur kebenaran dalam diri Adam dengan berbagai macam “sifat”. 2. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman “Jabarut” kemudian diletakkan didalam “Alam Malakut”. 3. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan “tubuh Adam” adalah tanah pilihan Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah dan wangi-wangian dari sifat Nur sifat Allah, dan dirasmikan dengan air hujan “Barul Uluhiyah”. 4.Kemudian tubuh itu dibenamkan didalam air “Kudral-Izzah- Nya” iaitu sifat “Jalan dan Jammal”.Lalu terciptalah tubuh Adam yang sempurna. 5.Demikian pula roh, ketika itu diperintah masuk kedalam tubuh Adam, ia merasa malas dan enggan, lalu ia berputar-putar, mengelilingi patung Adam yang terlantar. Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh itu masuk.Akhirnya mahu tidak mahu roh itupun masuk dan menyerah kepada Izrail. Menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga, sangat baik sekali kulitnya. Tidak seperti warna kulit manusia. Kerana Adam telah diturunkan ke dunia, terjadilah perubahan pada warna kulitnya. Sebagai peringatan, yang masih tertinggal warnanya hanyalah pada kuku manusia. Oleh itu, meskipun orang kulitnya hitam,tetapi warna kukunya adalah sama, ialah putih kemerah-merahan. Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang. Tujuh buah liang dikepala,dan dua buah liang di bawah badan letaknya. Tujuh buah letaknya adalah di: 1. Kepala : dua.liang mata, Dua liang telinga, Dua liang hidung dan sebuah liang mulut. 2. Dibawah: Sebuah liang kemaluan dan liang dubur. Dijadikan pula lima buah pancaindera: 1. Mata alat penglihatan 2. Hidung alat penciuman 3. Telinga alat pendengaran 4. Mulut alat merasa manis, masin dan sebagainya. 5. Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan, untuk merasa halus, kasar dan sebagainya. Setelah Roh masuk kedalam tubuh Adam : Lalu roh itu masuk perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun. Demikianlah Allah memberi kekuatan pada Izrail untuk memasukkan roh ke dalam tubuh Adam. Setelah roh meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak dan tersusunlah urat-urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah matanya dan seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik kekiri, ke kanan dan kebawah dimana pada masa itu bahagian badannya masih merupakan tanah keras. Dilihatnya kiri dan kanan para malaikat yang sedang menyaksikan kejadian dia. Ketika itu dia telah dapat mendengar para malaikat mengucapkan tasbih dengan suara yang merdu dan mengasyikkan. Kemudian ketika roh sampai kehidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka. Ketika itulah Allah ajarkan padanya ucapan Alhamdulillah. Itulah ucapan Adam pertama kalinya kehadrat Allah. Lalu Allah berkata :”Yarhamukallah” yang membawa erti: “Semoga engkau diberi rahmat Allah”. Oleh kerana itu jika orang bersin, menjadi sunat mengucap “Alhamdulillah” dan orang yang mendengarnya sunat pula mengucapkan “Yarhamukallah” . Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia mahu bangun. Padahal sebahagian bawah badannya masih tanah dan keras. Disini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar). Sebagaimana firman Allah SWT bermaksud: “Dan adalah manusia itu, suka tergesa-gesa” .(Al-Israk: II) Maka ketika roh itu sampai dibahagian perutnya, maka terjadilah susunan isi perut dengan sempurna. Maka seketika itu terasalah lapar. Kemudian terus roh itu meresap sampai ke seluruh tubuh, tangan, kaki lalu terjadi darah daging dan tulang. Urat-urat berkulit dengan sempurna, yang mana kulit itu kian lama kian cantik dan halus. Begitulah proses kejadian-kejadian tubuh Adam. Setelah kejadian Adam sempurna sebagai manusia, maka dialah merupakan makhluk manusia yang pertama. Wajahnya cukup cantik, semua malaikat berasa kagum melihat Adam yang begitu menawan. Kemudian Adam diarak oleh malaikat-malaikat selama 100 tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni dari langit pertama hinggalah kelangit tujuh sebelum dibawa ke syurga tempat mula-mula Adam dijadikan. (Dipetik dari buku HIMPUNAN KISAH-KISAH MALAIKAT disusun oleh Muhammad Isa Selamat) RENUNGAN Sesungguhnya Allah itu Maha Besar, Maha Agung, Maha pencipta sekian alam dan pencipta setiap kejadian. Bertaqwalah kita kepadaNya, kerana pada AllahLah kita akan dikembalikan.

Selasa, 28 Ogos 2012

PANTUN : 15 Maksiat Yang Menurunkan Bala..

PANTUN : 15 Maksiat Yang Menurunkan Bala.. Banyak maksiat orang lakukan Bala kan turun sebagai siksaan Angin yang merah Allah tiupkan Gempa yang dahsyat dan menggegarkan. 1. Harta negara jadi habuan Bagi siapa pegang jawatan 2. Pecah amanah jadi amalan Wang amanah diniagakan. 3. Jadilah zakat laksana hutang 4. Kehendak isteri tidak dihalang 5. Anak derhaka tidak terbilang 6. Kawan dibakti, ibu dibuang 7. Suruhan ayah suka ditinggal 8. Di dalam masjid suka berbual 9. Orang yang hina suka ditabal 10. Orang dimulia kerana nakal. 11. Arak diminum tiada sopan 12. Kain sutera jadi pakaian 13. Para artis jadi pujaan 14. Muzik yang haram jadi hiburan. 15. Sudahlah diri teruk sekali Kenapa pula orang dicaci Sahabat Nabi suka dimaki Itu perangai orang yang keji. Jika hendak hidup beriman Serta mulia di sisi Tuhan Marilah kita hendak ingatkan Wasiat Nabi di akhir zaman Wajiblah kita menjaga diri Cabaran hidup banyak sekali Janganlah kita lupakan diri Hidup ini menuju mati. Bila melihat mungkar yang nyata Maka janganlah hanya mengata Tapi bangkitlah menabur jasa Membimbing umat jadi pelita. Umat Islam perlu didakwah Nasihat baik serta berhikmah Dengan semanagat serta ukhwah Hubungan kita tambah meriah. Dinding Ya'juj mula terbuka Tanda dunia akan binasa Walupun ada insan bertakwa Tetapi mungkar sudah merata. Jangan biarkan umat binasa Mungkar maksiat merajalela Kita semua nanti merasa Akibat buruk datang menimpa. Hendaklah kita bermuhasabah Amal ditingkat taqwa ditambah Tinggalkan dosa dan juga salah Kepada Allah meminta taubah.

Isnin, 27 Ogos 2012

Mengenal & Menjauhi Mudarat Manusia Bermuka-2

Manusia adalah makhluk sosial. Kerana itu mereka tidak mampu memencilkan diri dari bersosial lalu menjadi kera sumbang. Kemahuan fitrah menggamit mereka untuk sentiasa berkomunikasi dan berinteraksi, mencari rakan dan teman untuk berbual, berkolobrasi, bekerjasama, bergurau senda, meluah perasaan serta pelbagai lagi aktiviti fitrah. Namun, tidak semua manusia itu sesuai disosialkan. Dalam pada seseorang itu sedang sibuk berfitrah di lautan sosial, ada beberapa jenis manusia yang mesti dihadapi dengan sikap hati-hati dan waspada. Kerana mereka sebenarya adalah insan pemangsa di sebalik kelembutan sikap dan wajah mesra. Golongan ini berupaya menjadi ‘sesumpah’ yang menzahirkan bicara sopan di khalayak ramai sambil menyembunyikan sisi keji dan buruknya di belakang mereka. Mereka ini digelar munafiq. Sifat yang membusuk di dalam jiwa mereka pula disebut nifaq. Memang sukar mengenalpasti kelompok ini kerana virus nifaq ini kemas tersembunyi di dalam hati. Dalam kebanyakan waktu, pembawaan dan tingkah laku mereka berjaya menyembunyikan identiti sebenar. Namun, Allah s.w.t tidak membiarkan kita terus menjadi mangsa kepada pemangsa ini. Sekalipun nifaq sukar dikesan dan tidak terzahir di wajah, Allah telah memberikan isyarat dan gambaran sikap mereka agar manusia mengambil iktibar dan berwaspada. Manusia yang fajir tidak selamanya mampu berpura-pura menjadi insan yang baik. Antara sikap utama yang menonjolkan kemunafiqan mereka ialah benci kebaikan dan cinta kerosakan. Allah berfirman : اَلْمُنَافِقُوْنَ وَالْمُنَافِقَاتُ بَعْضُهُمْ مِنْ بَعْضٍ، يَأْمُرُوْنَ بِالْمُنْكَرِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمَعْرُوْفِ Manusia lelaki dan perempuan yang bersikap nifaq, mereka sentiasa bantu-membantu sesama mereka, mereka menggalakkan kerosakan dan menegah perkara-perkara yang baik. (At-Tawbah : 67) Golongan ini sebenarnya kurang cenderung dan tidak selesa dengan ma`ruf yang merangkumi prinsip kebaikan dan keadilan. Pada mereka, ma`ruf adalah sesuatu yang membebankan, menyekat kebebasan dan dianggap menghalang kemajuan. Natijahnya golongan ini menjadi penentang kebenaran dan keadilan walaupun ianya berupaya merealisasikan manfaat atau menolak mudarat. Maka lahirlah kempen-kempen menolak hukum al-Quran kerana ia dianggap mundur dan tidak adil. Kononnya menurup aurat adalah ekstrim dan tidak wasatiyyah. Berlaku adil dan saksama dikatakan betul bendul dan tidak cerdik. Solat dituduh sebagai pembantut kemajuan. Berpuasa dikatakan mengurangkan produktiviti umat. Pendokong kebajikan diselar hipokrit dan berpura-pura. Sebaliknya, unsur-unsur kerosakan dan keburukan menjadi sesuatu yang digemari walaupun ianya terang-terang bertentangan agama, logik dan fitrah yang sihat. Mereka ini mahir menjustifikasikan kerosakan dengan slogan manis dan mesra. Kerana itu penguasa yang mencuri dan merompak kekal berjawatan dan terus dilantik. Aksi-aksi mendekati zina, menayangkan aurat dan ghairah, berpelukan dan bersentuhan penuh syahwat di layar perak menjadi halal atas nama seni, mencari rezeki dan menajamkan bakat. Menyebar-luaskan arak dan judi dianggap satu keperluan penting dalam meningkatkan ekonomi. Khianat amanah, menipu dan merasuah bukan kesalahan besar yang mengaibkan intgeriti. Penghina agama disanjung sementara penghidup agama ditekan dan diherdik. Melakukan kerosakan adalah berdosa dan menjengkelkan. Namun tahap dosa, rasa jengkel dan meluat akan meningkat beberapa kali ganda apabila perkara-perkara tersebut menjadi bahan promosi yang dikempenkan. Benar, tiada insan yang sempurna dari melakukan kesalahan. Namun mengisytiharkan kempen mazmumah serta menggalakkan kerosakan adalah sesuatu kezaliman paling besar terhadap makhluk. Ia suatu bentuk pengisytiharan perang ke atas Allah azza wajalla dan agamaNya. Insan bersifat nifaq tidak kisah dengan semua itu. Mereka hanya akan terlibat dengan kebaikan sekiranya ia mendatang benefit duniawi atau menaikkan ‘saham’ kemasyhuran. Jika tidak, komited mereka tetap seperti apa yang dikhabarkan Ilahi iaitu : يَأْمُرُوْنَ بِالْمُنْكَرِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمَعْرُوْف Mereka menggalakkan perkara yang buruk serta menegah prinsip kebaikan Sensitiviti iman dan tahap kepedulian menjadi sifar apabila nafsu dilantik sebagai tuhan. Allah memberi ingatan tentang penangan nafsu. أَفَرَأَيْتَ مَنِ اتَّخَذَ إِلَهَهُ هَوَاهُ وَأَضَلَّهُ اللَّهُ عَلَى عِلْمٍ وَخَتَمَ عَلَى سَمْعِهِ وَقَلْبِهِ وَجَعَلَ عَلَى بَصَرِهِ غِشَاوَةً، فَمَنْ يَهْدِيهِ مِنْ بَعْدِ اللَّه؟ِ Apakah pandangan kamu terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhan, lalu ia disesatkan oleh Allah dalam keadaan ia tahu dan berilmu, dan Allah menutup pendengaran dan hatinya (dari kebenaran) serta menjadikan penutup yang menghijab penglihatannya. Maka siapakah lagi yang dapat memberikan petunjuk kepada orang ini setelah Allah (menjadikan ia dalam keadaan sedemikian rupa)? Al-Jathiyah : 23 Tidak tahu tentang sesuatu, lalu tersesat dan tersalah arah adalah biasa. Ia boleh dianggap normal. Ia masih boleh dimaafkan dan diperbetulkan. Namun memilih untuk berdegil dalam kesesatan dan terus mendokong kerosakan setelah Allah membekalkan penglihatan, pendengaran, keupayaan berfikir serta ilmu dan tahu yang berupaya membezakan antara haq dan batil, adalah sesuatu yang sangat hina dan amat luar biasa! Ia menunjukkan kerosakan jiwa dan pemikiran di tahap yang paling kritikal. Lantaran itu manusia yang asalnya dimuliakan Tuhan menjadi setaraf haiwan, malah lebih hina daripada itu. Allah memberikan peringatanNya. وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِنَ الْجِنِّ وَالْإِنْسِ لَهُمْ قُلُوبٌ لَا يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لَا يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ آذَانٌ لَا يَسْمَعُونَ بِهَا أُولَئِكَ كَالْأَنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ أُولَئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ Al-A`raf : 179 Dan sesungguhnya Kami isi neraka jahanam itu kebanyakan dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya, dan mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya, dan mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya; mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang yang lalai. Justeru, jauhi diri dari 2 musibah ini, iaitu musibah berperangai nifaq dan musibah menjadi mangsa si munafiq!

Isnin, 6 Ogos 2012

Menyingkap Tabir Sejarah Peristiwa Penurunan Al-Quran (Nuzul Al-Quran)

Menyingkap Tabir Sejarah Peristiwa Penurunan Al-Quran (Nuzul Al-Quran) بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Allah SWT telah menurunkan al-Quran sebagai satu mukjizat terbesar yang membuktikan kerasulan Nabi Muhammad SAW dan kewujudan Allah SWT dengan segala sifat-sifat kesempurnaannya. Membaca al-Quran serta menghayati dan mengamalkannya adalah satu ibadat sunnah. Maka peristiwa Nuzul al-Quran memberi makna terlalu besar kepada umat Islam dan kehidupan Nabi SAW khasnya. Ayat al-Quran diturunkan Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW. melalui perantaraan Malaikat Jibril secara berperingkat-peringkat hingga menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Al-Quran dinukilkan kepada kita secara mutawatir, pasti dan qat’i serta ditulis mashaf yang hari ini lebih dikenali sebagai mashaf ‘Uthmani. Adalah wajar bagi umat Islam mengkaji sejarah al-Quran dan perkara yang berkaitan dengannya. . NUZUL AL QURAN ( 24 RAMADHAN ) Peristiwa agung dan istimewa dalam sejarah umat ialah malam diturunkan al-Quran (Nuzul al-Quran) yang berlaku pada 24 Ramadhan. Ia juga disebut Allah sebagai malam yang diberkati (lailatin mubarakah). Firman Allah SWT.: “Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat.” (Surah al-Dukhan ayat 3). “Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar.” (Surah al-Qadr, ayat 1). “Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah.” (Surah al-Baqarah, ayat 185) ‘Malam yang berkat’ yang dinyatakan Allah SWT dalam surah al-Dukhan itu adalah malam yang penuh dengan kebaikan dan rahmat, yang lebih besar keutamaannya dari amalan seribu bulan. Maka Allah SWT telah memilih tarikh turun kalam-Nya buat pemimpin umat sejagat Nabi Muhammad SAW yang penuh dengan kemuliaan itu untuk berlaku pada hari yang mulia iaitu malam al-Qadr itu sendiri. Ketiga2 ayat ini menunjukkan penurunan berlaku pada bulan Ramadhan dan secara khususnya ia diturunkan pada malam al-Qadr yang merupakan suatu anugerah Allah buat mereka yang menghidupkan malam-malam pada bulan Ramadhan. . . MAKNA NUZUL AL QURAN Nuzul al-Quran bererti penurunan al-Quran dari langit kepada Nabi Allah yang terakhir. Perkataan Nuzul dalam pelbagai wajah sama Ada kata nama, kata perbuatan atau lainnya digunakan dalam al-Quran sebanyak lebih kurang 290 kali. Sebagai contoh, “Dia yang telah…..menurunkan hujan.” (al-Baqarah:22), dan “Dialah….yang menurunkan Taurat Dan Injil.” (Ali Imran:3). ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah, iaitu berpindah dari atas ke bawah atau turun dari tempat yang tinggi. ‘Al-Quran’ pula bermaksud bacaan atau himpunan, kerana al-Quran itu untuk dibaca oleh manusia dan di dalamnya terhimpun ayat-ayat yang menjelaskan pelbagai perkara yang meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, munakahat, sains, teknologi dan sebagainya. Kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang terlepas atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah: Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38) Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan. . . TARIKH SEBENAR NUZUL AL-QURAN Secara tradisinya umat Islam di Malaysia memperingati dan menyambut peristiwa Nuzul Al-Quran pada 17 Ramadhan, yang sepatutnya dibuat sambutan pada setiap 24 Ramadhan. . Peristiwa Nuzul Al-Quran yang dikatakan berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad SAW., bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M, ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira. Namun sesungguhnya pendapat yang lebih tepat tentang turunnya al-Quran ialah pada malam Isnin, tanggal 24 Ramadhan bersamaan 13 Ogos 610 M. . Pendapat yang mengatakan berlakunya pada 17 Ramdhan adalah berdasarkan ayat ke 41 dari Surah Al-Anfaal. Surah ini hanyalah difokuskan kepada perisytiwa perang Badar bukannya al-Quran. Firman Allah dalam ayat ke 41 surah al-Anfal itu: “…jika kamu beriman kepada Allah dan apa-apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami (Nabi Muhammad SAW) pada hari Furqan,iaitu di hari bertemunya dua pasukan (diperang Badar, antara muslimin dan kafirin)…” (TTQ 8 : 41) Ayat tersebut tidak ada sangkut-pautnya dengan Nuzul Al-Quran. . Menurut riwayat dari Ibn Abbas, ayat tersebut hanya penjelasan tentang hukum pembahagian harta rampasan perang seperti yang terdapat pada awal ayat tersebut. “ Ketahuilah sesungguhnya apa saja yang dapat kamu peroleh sebagai rampasan perang, maka sesungguhnya seperlima untuk Allah, RasulNya, kerabat-kerabat (Rasul), anak-anak yatim, orang-orang miskin dan ibnussabil (orang yang sedang dalam perjalanan)…”. . . Justeru tarikh yang lebih tepat tentang Nuzul al-Quran adalah pada 24 Ramadhan kerana ia berdasarkan ayat 1 Surah Al-Qadr dan ayat 1-4 Surah Ad-Dukhan yang telah dihuraikan di atas. . . PERINGKAT PENURUNAN AL-QURAN Para ulama menyatakan penurunan al-Quran berlaku dalam dua bentuk iaitu secara sekaligus, Dan berperingkat. Walau bagaimanapun mereka berselisih pendapat tentang berapa kali berlakunya penurunan al-Quran secara sekaligus. Terdapat tiga pandangan mengenai hal ini, iaitu penurunan al-Quran dari Allah SWT ke al-Lauh al-Mahfuz; kali kedua, dari al-Lauh al-Mahfuz ke Bait al-‘Izzah di langit dunia; dan kali ketiga, Penurunan kepada Jibril a.s. dalam tempoh 20 malam. Al-Suyuti dalam kitabnya ‘al-Itqan if Ulum al-Quran’ berdasarkan tiga riwayat oleh Ibn ‘Abbas, Hakim Dan al-Nasa’i, hanya membahagikan kepada dua peringkat sahaja iaitu dari al-Lauh Mahfuz ke Bait al-‘Izzah Dan dari Bait al-‘Izzah kepada Rasulullah SAW melalui Jibril a.s. . 1. Dari Allah SWT ke al-Lauh al-Mahfuz. Penurunan ini berlaku sekaligus dengan tujuan untuk membuktikan ketinggian Dan kekuasaan Allah SWT. Para Malaikat menyaksikan bahawa segala perkara yang ditentukan oleh Allah SWT di Luh Mahfuz ini benar-benar berlaku. Pendapat ini disandarkan kepada ayat 21 dan 22 surah al-Buruj yang berbunyi, بَلْ هُوَ قُرْآنٌ مجيد فِي لَوْحٍ مَحْفُوظ . “(Sebenarnya apa yang engkau sampaikan kepada mereka bukanlah syair atau sihir), bahkan ialah Al-Quran yang tertinggi kemuliaannya; (Lagi yang terpelihara dengan sebaik-baiknya) pada Luh Mahfuz.” (al-Buruj:21-22) . 2. Dari al-Lauh al-Mahfuz ke Bait al-’Izzah di langit dunia. Penurunan kali kedua secara sekali Gus dari al-Lauh al-Mahfuz ke Bait al-’Izzah di langit dunia dipercayai berlaku berpandukan kepada tiga (3) ayat al-Quran sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibn ‘Abbas; . Allah SWT berfirman, dalam al-Baqarah, ayat 185: شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ وَمَنْ كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ “(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk Dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadhan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa) sebanyak Hari yang ditinggalkan itu pada hari-Hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjuk-Nya dan supaya kamu bersyukur.” . Firman Allah SWT, dalam ad-Dukhan, ayat 3: إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةٍ مُبَارَكَةٍ إِنَّا كُنَّا مُنْذِرِينَ “Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat; (Kami berbuat demikian) kerana sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran (jangan hamba-hamba Kami ditimpa azab).” . Firman Allah SWT dalam al-Qadr, ayat 1: إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ “Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar.” . Ibn ‘Abbas juga menyatakan mengikut apa yang diriwayatkan oleh Said b. Jubayr: “Al-Quran diturunkan sekali gus pada malam yang penuh berkat.” Ikrimah pula meriwayatkan ‘Abdullah bin ‘Abbas berkata: “Al-Quran diasingkan daripada al-Dhikr ‘الذكر’ dan ditempatkan di Bait al-‘Izzah di langit dunia. Ibn Marduwayh dan al-Baihaqi mencatatkan perbualan antara ‘Atiyyah bin al-Aswad dan ‘Abdullah bin ‘Abbas yang mana ‘Atiyyah agak keliru mengenai penurunan ayat-ayat ini, “Pada bulan Ramadhan al-Quran diturunkan”, dan “Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar”, ia juga diturunkan pada bulan Syawwal, Dhu al-Qaedah, Dhu al-Hijjah, al-Muharram, Safar dan Rabi’ al-Awwal.” Kemudian Ibn ‘Abbas menjelaskan: “Al-Quran diturunkan pada malam Lailatul-Qadar sekali gus kemudiannya untuk diwahyukan kepada Rasulullah s.a.w. secara beransur-ansur selama beberapa bulan dan hari.” . 3. Dari Bait al-’Izzah kepada Rasulullah SAW. Menurut sebuah riwayat oleh Ibn Abbas dan pandangan majoriti para mufassirin, Al-Quran diturunkan sekaligus ke ‘Baitul Izzah’ di langit ke dunia pada malam ‘Lailatul Qadar’. Sedangkan Al-Quran yang diturunkan ke bumi dan diterima Rasullullah sebagai wahyu terjadi secara beransur-ansur selama sekitar 23 tahun. Al-Quran mula diturunkan kepada Rasulullah SAW secara beransur-ansur sejak baginda dilantik menjadi Rasulullah SAW dan selesai apabila baginda hampir wafat, iaitu dalam tempoh masa 22 tahun 2 bulan 22 hari atau 23 tahun, 13 tahun di Mekah dan 10 tahun di Madinah al-Munawwarah. Ayat-ayat dan surah-surah yang diturunkan sebelum peristiwa hijrah dikenali sebagai Makkiyah dan yang diturunkan selepas peristiwa hijrah dikenali sebagai Madaniyyah . Mengikut pendapat ini, Jibril a.s. diberi Malam Lailatul-Qadar setiap tahun, dari mula turun wahyu hingga ke akhirnya sepanjang tempoh kenabian, sebahagian daripada al-Quran disimpan di Bait al-‘Izzah yang mencukupi baginya untuk disampaikan kepada Rasulullah SAW dalam masa 20 tahun. Pandangan ini dipegang kuat oleh al-Mawardi. RasululLah SAW bersabda: “ Al-Quran diturunkan sekali gus oleh Allah ke langit dunia pada malam al-Qadr kemudian ia diturunkan secara berperingkat dalam masa 20 tahun” (Hadis riwayat Ibn Abbas.) Sebahagian ulama berpendapat penurunan al-Quran hanya sekali sahaja iaitu daripada Allah SWT terus kepada Rasulullah melalui Jibril secara berperingkat dan bukannya tiga kali dari Allah SWT ke al-Lauh al-Mahfuz, ke Bait al-‘Izzah dan kepada Rasulullah. . . AYAT PERTAMA DAN TERAKHIR Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq. ”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5) . Dan peristiwa ini terjadi ketika Rasulullah SAW sedang bertahannus (menyendiri) di Gua Hira. Sedangkan ayat Al-Quran yang terakhir sekali diturunkan adalah ayat-ayat riba iaitu ayat 278 sehingga 281 dari surah Al-Baqarah. . . CARA-CARA AL-QURAN DIWAHYUKAN Isteri Rasulullah SAW, Saidatina Aishah, meriwayatkan sebelum Nabi Muhammad diangkat menjadi Rasul, beliau bermimpi perkara yang benar lalu beliau menyendiri di gua Hira’ beribadah kepada Allah SWT untuk selama beberapa tahun. Di gua berkenaanlah baginda menerima wahyu yang pertama. Harith bin Hisham, seorang sahabat Rasulullah SAW, pernah bertanya kepada Baginda bagaimana Wahyu diturunkan kepadanya. Rasulullah menjawab, ”Kadang-kadang wahyu datang kepada-Ku dengan gema (desingan) loceng Dan ini amat berat bagi-Ku, Dan sementara bunyi itu hilang aku mengingati apa yang disampaikan kepada-Ku. Kadang Ia datang dalam bentuk jelmaan malaikat kepada-Ku merupai lelaki, bercakap dengan-Ku Dan aku menerima apa saja yang disampaikannya kepada-Ku.” . . Nabi Muhammad SAW mengalami bermacam-macam cara dan keadaan semasa menerima wahyu. Antara cara-cara Al-Quran diwahyukan adalah: . 1. Menerusi mimpi yang benar (al-Rukya al-Sadiqah) Malaikat memasukkan wahyu itu ke dalam hatinya. Dalam hal ini, Nabi SAW tidak melihat sesuatu apa pun, hanya beliau merasa bahawa itu sudah berada di dalam kalbunya. Sebagai contohnya Nabi pernah bersabda mengatakan: “Ruhul Quddus mewahyukan ke dalam kalbuku bahawa seseorang itu takkan mati sehingga dia menyempurnakan rezekinya yang telah ditetapkan oleh Allah“. ( As-Syura: 51) . 2. Malaikat menampakkan dirinya kepada Nabi SAW menyerupai seorang lelaki yang mengucapkan kata-kata kepadanya sehingga beliau mengetahui dan hafal benar mengenai kata-kata itu. . 3. Wahyu datang kepadanya seperti gemercingnya loceng. Cara inilah yang amat berat dirasakan Nabi SAW. Kadang-kadang pada keningnya terdapat peluh, meskipun turunnya wahyu itu di musim yang sangat dingin. Ada ketikanya, unta beliau terpaksa berhenti dan duduk kerana merasa amat berat. Diriwayatkan oleh Zaid bin Tsabit: ” Aku adalah penulis wahyu yang diturunkan kepada Rasulullah. Aku lihat Rasulullah ketika turunnya wahyu itu seakan-akan diserang demam yang kuat dan peluhnya bercucuran seperti permata. Kemudian setelah selesai turunnya wahyu, barulah beliau kembali seperti biasa”. . 4. Malaikat menampakkan dirinya kepada Nabi SAW. dalam rupanya yang benar-benar asli sebagaimana yang terdapat di dalam surah An- Najm ayat 13 & 14 : “Sesungguhnya Muhammad telah melihatnya pada kali yang lain (kedua). Ketika (ia berada) di Sidratulmuntaha” . 5. Malaikat mewahyukan kepada Nabi SAW dari atas langit seperti yang berlaku dalam peristiwa al-Isra` wal Mikraj . Sesetengah ulamak berpendapat baginda SAW juga pernah berbicara secara langsung dengan Allah dan menerima wahyu seperti yang berlaku pada Nabi Musa.Perkara ini merupakan suatu khilaf di kalangan para ulamak. . . TUJUAN AL-QURAN DITURUNKAN BERANSUR-ANSUR Tujuan Allah menurunkan secara beransur-ansur adalah bagi memenuhi objektif-objektif berikut : Agar lebih mudah difahami dan dilaksanakan. Orang akan enggan melaksanakan suruhan dan larangan sekiranya suruhan dan larangan itu diturunkan sekaligus dalam kadar yang banyak. Hal ini disebut oleh Bukhari dari riwayat ‘Aisyah r.a. Di antara ayat-ayat itu ada yang nasikh dan ada yang mansukh, sesuai dengan kamaslahatan. Ini tidak dapat dilakukan sekiranya Al Quran diturunkan sekaligus. (Ini menurut pendapat yang mengatakan adanya nasikh dan mansukh) Turunnya sesuatu ayat sesuai dengan peristiwa-peristiwa yang terjadi akan lebih berkesan dan lebih berpengaruh di hati. . Memudahkan penghafalan. Orang-orang musyrik yang telah menanyakan mengapa Al Quran tidak diturunkan sekaligus, sebagaimana disebut dalam Al Quran surah Al Furqaan ayat 32: “……mengapakah Al Quran tidak diturunkan kepadanya sekaligus….?” Kemudian dijawab di dalam ayat itu sendiri: “….Demikianlah, dengan (cara) begitu Kami hendak menetapkan hatimu..”. . . Al-Quran mempunyai beberapa fungsi penting, diantaranya ialah: . 1. Sebagai Mukjizat Nabi Muhammad SAW. Al-Quran merupakan bukti kenabian dan kerasulan Nabi Muhammad SAW, sekaligus ianya menjadi bukti bahawa Al-Quran merupakan firman Allah SWT, bukannya ucapan atau ciptaan Nabi Muhammad SAW sendiri. Rasullulah SAW telah menjadikan Al-Quran sebagai senjata bagi menentang orang-orang kafir Quraisy. Didapati bahawa mereka sememangnya tidak mampu menghadapinya, padahal mereka mempunyai kemahiran menggubah bahasa-bahasa yang indah dalam ucapan dan sajak-sajak mereka. Al-Quran secara prisipnya telah mengemukakan cabaran kepada bangsa Arab menerusi tiga peringkat iaitu : . Peringkat pertama. Mencabar mereka dengan keseluruhan Al-Quran dalam uslub umum yang meliputi orang Arab sendiri dan orang lain, manusia malah jin, dengan cabaran yang mengalahkan dan menjatuhkan mereka secara padu sebagaimana firmanNya. “Katakanlah: Sesungguhnya jika manusia dan jin berkumpul untuk membuat yang serupa Quran ini, niscaya mereka tidak akan dapat membuat yang serupa dengannya, sekalipun sebahagian mereka menjadi pembantu bagi sebahagian yang lain.” (17 : 88) . Peringkat kedua. Mencabar dengan sepuluh surah sahaja daripada Al-Quran. Sebagaimana firmanNya: “Bahkan mereka mengatakan “Muhammad telah membuat-buat Al-Quran.” Katakanlah: Jika demikian, maka datangkanlah sepuluh surah yang dibuat-buat yang menyamainya, dan panggillah orang-orang yang kamu sanggup (memanggilnya) selain Allah, jika kamu memang orang-orang yang benar. Jika mereka (yang kamu seru itu) tidak menerima seruanmu, ketahuilah, sesungguhnya Al-Quran itu diturunkan dengan ilmu Allah” (11 : 13-14) . Peringkat ketiga. Mencabar mereka hanya dengan satu surah daripada Al-Quran sahaja. Sebagaimana firmanNya: “Atau (patutkah) mereka mengatakan: Muhammad membuat-buatnya (Al-Quran). (Kalau benar yang kamu katakan itu), cubalah datangkan satu surat seumpamanya” (TTQ 10 : 38) Dan cabaran ini diulangi di dalam firmanNya: “Dan jika kamu tetap dalam keadaan ragu tentang Quran yang Kami wahyukan kepada hamba Kami (Muhammad saw), maka buatlah satu surat saja yang semisal Al-Quran itu…” (2 : 23 ) . . 2. Sebagai Sumber Hukum Dan Aturan Hidup. Ayat-ayat Al-Quran mengandungi peraturan tentang hukum-hukum siyasah negara, sosial, pendidikan, pengadilan, akhlak dan sebagainya. Semua aturan dan hukum ini wajib dijadikan sebagai pandangan hidup bagi seluruh kaum muslimin dan umat manusia untuk mengatasi semua permasalahan hidup yang dihadapinya. Sememangnya penyelesaian yang diberikan oleh syariat Islam adalah merupakan penyelesaian yang sebenar-benarnya kearan ia satu-satunya perundangan yang dapat memenuhi fitrah manusia itu sendiri. Kemampuan syariat Islam dalam menyelesaikan pelbagai permasalahan kehidupan manusia inilah yang akan menjadikan Al-Quran sebagai mukjizat abadi yang paling menonjol di muka bumi. . Wallahu A’alam Bissowab والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته .

ANGANKU INGIN MENJADI AYAHANDA UNTUK ANAK BANGSA & KHALIFAH UNTUK AGAMA Tapi???

Ketika lepas bebas BERBAI'AH di alam remaja Impianku tidak mengenal batasan.. Aku ingin MENGUBAH DUNIA.Jadi aku perlulah Membuat NAMA Agar Dapat pangkat ABANG,KEKANDA,AYAHANDA & Hinggalah ke gelaran AYAHANDA PADUKA.. Agar mudah untukku Mengubah Dunia. Menjalankan TUGAS sebagai Tentera Fi'Sabillilah.. DAN Bila usia meningkat Dewasa aku semakin matang,digelar ORANG LAMA diriku mula mempertikaikan ORANG. Siapa membantah kulancarkan PERANG. Seperti DUNIA milik aku SEORANG. Kusedari… Rupanya dunia tidak akan berubah Lalu aku bataskan jangkauan.. Memadailah jika.. Aku dapat MENGUBAH BANGSA. Namun ini juga tidak kesampaian. kerana DUNIA ini Banyak BANGSA yang ADA. Maka Masuklah aku dalam PERTUBUHAN ANTARABANGSA pula. Mana tahu aku dapat Mengubah MEREKA. Tiada yang berubah kecuali Nama Aku yang Semakin GAH! Di usia senja.. Pilihan terakhirku ialah.. Untuk MENGUBAH KELUARGA yang dulunya aku abaikan.. Kerana mengejar NAMA dan KEDUDUKAN dalam PERTUBUHAN. Malangnya…semuanya Telah terlambat Anakku yg DULUNYA anak Rebung dan Jadi Buluh Dewasa. Dan Mereka juga tidak mampu ku ubah. Kini… Di perbaringan menanti maut Baru ku sedari.. (Mungkin buat kali pertama) Andainya dahulu yang PERTAMA ku ubah selepas Aku BERBAI'AH.. Adalah DIRI AKU SENDIRI.. Dengan menunjukkan TAULADAN yang baik, BERSATU dan BERBAIK dengan semua Makhluk ALLAH TAAT pada suruhan AGAMA ALLAH, SETIA sebagai pengikut Rasullullah. TAKUT PADA ALLAH.Mengikut Al Quran & Sunnah. Pasti!!!!aku dapat MENGUBAH KELUARGA. Lantas… Dengan sokongan.. Dan dorongan semangat mereka semua Aku pasti mampu MENGUBAH BANGSA & NEGARA Dan siapa tahu… Mungkin juga… AKU MAMPU MENGUBAH DUNIA! Untuk Menegakkan KALIMAH la ilaha illallah muhammadur rasulullah

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ Doa Hari Ke –17 Ramadhan… Moga Allah SWT menunjukkan jalan berbuat amal kebajikan dan moga dipenuhi hajat serta cita-cita…