Selasa, 28 Ogos 2012

PANTUN : 15 Maksiat Yang Menurunkan Bala..

PANTUN : 15 Maksiat Yang Menurunkan Bala.. Banyak maksiat orang lakukan Bala kan turun sebagai siksaan Angin yang merah Allah tiupkan Gempa yang dahsyat dan menggegarkan. 1. Harta negara jadi habuan Bagi siapa pegang jawatan 2. Pecah amanah jadi amalan Wang amanah diniagakan. 3. Jadilah zakat laksana hutang 4. Kehendak isteri tidak dihalang 5. Anak derhaka tidak terbilang 6. Kawan dibakti, ibu dibuang 7. Suruhan ayah suka ditinggal 8. Di dalam masjid suka berbual 9. Orang yang hina suka ditabal 10. Orang dimulia kerana nakal. 11. Arak diminum tiada sopan 12. Kain sutera jadi pakaian 13. Para artis jadi pujaan 14. Muzik yang haram jadi hiburan. 15. Sudahlah diri teruk sekali Kenapa pula orang dicaci Sahabat Nabi suka dimaki Itu perangai orang yang keji. Jika hendak hidup beriman Serta mulia di sisi Tuhan Marilah kita hendak ingatkan Wasiat Nabi di akhir zaman Wajiblah kita menjaga diri Cabaran hidup banyak sekali Janganlah kita lupakan diri Hidup ini menuju mati. Bila melihat mungkar yang nyata Maka janganlah hanya mengata Tapi bangkitlah menabur jasa Membimbing umat jadi pelita. Umat Islam perlu didakwah Nasihat baik serta berhikmah Dengan semanagat serta ukhwah Hubungan kita tambah meriah. Dinding Ya'juj mula terbuka Tanda dunia akan binasa Walupun ada insan bertakwa Tetapi mungkar sudah merata. Jangan biarkan umat binasa Mungkar maksiat merajalela Kita semua nanti merasa Akibat buruk datang menimpa. Hendaklah kita bermuhasabah Amal ditingkat taqwa ditambah Tinggalkan dosa dan juga salah Kepada Allah meminta taubah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan