Selasa, 1 Jun 2010

Peringatan buat Wanita

Segala apa yang diciptakan oleh Allah SWT diciptakan
untuk kita semua. Kita semua pula dijadikan untuk
suatu maksud yang mulia, untuk membawa sifat-sifat
yang mulia di dalam diri kita. Jangan kita lupa maksud
kita kerana itulah keunggulan kita. Selagi kita
menunaikan maksud ini Allah SWT akan memberi faedah
daripada segala ciptaannya. Kalau kita abaikan maksud
kita, kita tidak akan dapat manfaat daripada rupa dan
bentuk iaitu wang, rumah, kecantikan, dsb. Malah kita
akan dapat kerugian.
Maksud kita dihantar ke dunia ini bukan sekadar silaki
mencari makan dan siperempuan masak, tapi adalah
bagaimana kita boleh bawa agama kepada diri kita dan
seluruh alam. Dari hari pertama kerasulan, Rasulullah
SAW tidak berseorangan, tetapi bersamanya adalah
Khadijah RdA (seorang perempuan), Abu Bakar RdA
(seorang lelaki), Ali KW (seorang budak), Zaid RdA
(seorang hamba). Setiap macam orang dapat difahamkan
maksud hidup mereka.
Yang paling awal masuk Islam adalah kaum wanita
(Khadijah RdA). Yang paling awal korban nyawa untuk
agama adalah kaum wanita (Sumaiyyah RdA). Yang paling
awal korban harta untuk agama adalah kaum wanita
(Khadijah RdA).
Selepas Rasulullah SAW berjumpa Jibril AS, dipeluk,
dsb. dan mendapat kenabian, yang beri dorongan utama
dan sympathiser utama adalah Khadijah RdA. Dia memujuk
Rasulullah SAW dan membawanya berjumpa pakciknya
Waraqah bin Naufal, yang mengatakan bahawa itulah
malaikat seperti yang datang kepada Musa AS, dan kalau
dia muda dia akan ikut Rasulullah SAW dan bersama
Baginda SAW bila kaum Baginda SAW menghalau Baginda
SAW. Rasulullah SAW ketakutan, dan Khadijah RdA
bersimpati dan berakhlak baik dan dengan itu dapat
sediakan hati Rasulullah SAW untuk memikul kenabian.
Sejarah menunjukkan bahawa Nabi-nabi AS yang mendapat
sokongan isteri-isteri mereka Rda lebih berhasil.
Wanita mempunyai kuasa yang besar. Kalau wanita
beragama, maka agama akan tersebar ke seluruh manusia.
Wanita diperbuat daripada tulang rusuk kiri. Tulang
ini dekat dengan hati - wanita sangat mudah untuk
mempengaruhi lelaki. Sebab itulah musuh Islam
menggunakan wanita untuk rosakkan Islam - mereka
merosakkan wanita-wanita Islam.
Wanita mempunyai tanggungjawab yang besar. Wanita
lebih ramai di dunia ini - wanita adalah 2/3 dari
penduduk dunia. Kalau wanita beragama bermakna 2/3
dunia beragama. Walaupun tiada nabi wanita, tetapi
setiap nabi AS lahir daripada wanita. Ada nabi AS
tiada bapa tapi tiada yang tiada ibu. Wanitalah yang
memberi dorongan dan didikan. Anak-anak dibentuk oleh
ibu.
Allah SWT telah beri wanita hikmah dan kebijaksanaan
bagaimana nak ambil kerja dari orang lain. Misalnya,
dia boleh suruh dan pujuk suami atau anak supaya pergi
ke kedai 5 atau 10 kali. Bila ini digunakan untuk
agama, mustahil suaminya atau anaknya tidak beragama
jika dikehendaki oleh seseorang wanita itu.
Gunalah
hikmah dan kebijaksanaan ini supaya rumahtangga kita
jadi tempat tersebarnya hidayat. Kalau tidak, ia akan
jadi tempat tersebarnya kesesatan.
Sahabat Amar bin Jamuh RdA mempunyai kaki yang tempang
tetapi hati yang ingin keluar ke jalan Allah SWT di
medan Uhud. Isterinya sedih dan inginkan supaya beliau
dapat pergi. Isterinya gunakan hikmah sindiran dengan
mengatakan bahawa beliau bukan betul-betul nak pergi
sangat. Dengan itu, Amar bin Jamuh RdA pergi berjumpa
Rasulullah SAW dan desak juga supaya dibenarkan pergi.
Beliau ingin berjalan di syurga dengan kakinya yang
tempang. Setelah dibenarkan, beliau pergi dan syahid
di Uhud. Isterinya pergi ke Uhud untuk membawa mayat
suaminya untuk ditanam di Madinah, tetapi unta yang
membawa mayat itu tidak mahu pulang ke Madinah. Bila
ditanya Rasulullah SAW, isterinya memberitahu yang
beliau telah doa tiga kali supaya beliau tidak kembali
ke keluarga. Rasulullah SAW beritahu yang doa beliau
telah diterima. Beliau dikebumikan bersama para
syuhada' di Uhud.
Keinginan sahabiah RdA adalah supaya mereka bangun di
hari qiamat dipanggil ibu kepada syahid, isteri kepada
syahid, dsb. Hari ini keinginan kita adalah bagaimana
kita dapat rumah besar, dsb. Setiap sahabiah RdA
berkeinginan untuk ahli keluarga mereka syahid lebih
daripada keinginan kita untuk rumah besar. Ini semua
kerana cinta mereka kepada Allah SWT dan Rasulullah
SAW.
Ketika Uhud wanita-wanita telah mendengar khabar angin
bahawa Rasulullah SAW telah wafat. Mereka bertanya
kepada orang-orang yang balik daripada Uhud, mengapa
mereka balik! Kalau begitu biarlah mereka yang balik
ini memakai gelang-gelang mereka (yakni jadi
perempuan) dan biarlah mereka yang pergi ke Uhud!
Seorang wanita RdA diberitahu bapanya syahid, suaminya
syahid, dan seterusnya, tetapi beliau bukan nak tahu
ini - yang beliau nak tahu adalah samada Rasulullah
SAW selamat. Bila beliau mengetahui yang Rasulullah
SAW selamat, beliau syukur yang Rasulullah SAW
selamat, yang bermakna agama selamat. Jika Rasulullah
SAW tak selamat walaupun suaminya dsb. selamat, ugama
tak juga selamat. Beginilah semangat mereka.
Sekiranya wanita mahu kembangkan agama di dalam
rumahnya, Allah SWT akan buat sebab Allah SWT telah
beri kebolehan kepada mereka. Di tempat saya ada
seorang doktor yang isterinya kuat agama, dan dia
ingin menyuruh suaminya simpan janggut. Dia telah
bermesyuarat dengan isteri tukang rambut dan
menyuruhnya datang ke rumah dan tajamkan pisau. Bila
suaminya bertanya kenapa, dia kata dia nak cukur
rambutnya. Suaminya kata, "Eh, hodoh!" dan dia kata,
"Abang lagi hodoh sebab potong sunnah Rasulullah SAW".
Dengan itu suaminya mula simpan janggut. Allah SWT
beri wanita kelebihan dan kebijaksanaan untuk bawa
agama.
Wanita mempunyai tiga tanggungjawab. Yang pertama
adalah ketaatan kepada suami. Ini sebahagian agama
yang besar. Kalau seorang wanita tidak taat kepada
suaminya, ibadatnya tidak diterima. Amal-amal lebihan
yang hendak dibuat perlu minta izin suami, kalau
tidak, tak dapat pahala. Apabila ada taat, ini menjadi
asbab untuk suami-isteri berdua beragama dalam rumah
dan berdua dalam syurga, di mana katil isteri sebelah
katil suami. Kecantikan isteri lebih daripada jumlah
kecantikan bidadari, nurnya lebih daripada jumlah nur
bidadari, cintanya lebih daripada jumlah cinta
bidadari, dan semua ini untuk selama-lamanya. Taat
suami adalah penting. Sahabat RdA ingin sujud kepada
Rasulullah SAW. Baginda SAW beritahu bahawa jika Allah
SWT benarkan sujud kepada selain daripadaNya, Baginda
SAW akan meyuruh isteri-isteri sujud kepada suami
mereka. Apabila isteri taat kepada suami dan mempunyai
azamah (kebesaran) suami, ibadatnya diterima dan
sifat-sifat baik datang. Kasih-sayang pun datang dan
membawa kemakmuran rumah-tangga. Kalau tidak,
sebaliknya berlaku. Usahakanlah sifat taat ini.
Memang tanggungjawab suami adalah untuk cari makan,
tempat tinggal dsb. tapi kalau kerana usaha agama dia
tak dapat nak tunaikan hak itu, isteri tak boleh
tuntut. Sekali isteri-isteri Rasulullah SAW meminta
hak mereka, dan Rasulullah SAW asingkan diri Baginda
SAW daripada mereka selama sebulan. Berita angin yang
Rasulullah SAW telah menceraikan isteri-isteri Baginda
SAW telah tersebar, dan sahabat-sahabat RdA menangis.
'Umar RdA pergi minta izin untuk berjumpa Rasulullah
SAW; tiga kali beliau RdA mencuba. Beliau RdA berkata
yang beliau RdA bukan nak berpehak kepada anaknya
Hafsah RdA, tetapi nak bincang perkara-perkara
penting, barulah beliau RdA dibenarkan masuk. Setelah
berbincang panjang, 'Umar RdA berkata bahawa wanita
mereka (Muhajirin) telah terpengaruh oleh wanita
Madinah dan Rasulullah SAW pun senyum dan tak berapa
marah lagi. Apabila ditanya samada Baginda SAW telah
menceraikan isteri-isteri Baginda SAW, Baginda SAW
telah menafikannya. 'Umar RdA minta izin untuk
menghebohkan bahawa Rasulullah SAW tidak menceraikan
isteri-isteri Baginda SAW. Ayat Qur'an telah turun
yang bermaksud: Wahai Nabi, beritahu isteri-isteri
kamu kalau mereka terima keadaan-keadaan sekarang
bolehlah kekal isteri, atau kalau tidak, boleh lepas.
Semua isteri Rasulullah SAW menangis dan minta maaf
dan tak nak apa-apa.
Agamalah yang memberi hak kepada wanita. Kalau agama
ada, adalah hak untuk wanita. Kalau tak, tak ada.
Kalau orang sibuk untuk agama ini, dan kita minta hak
pula, ini kezaliman besar. Pada hari kiamat, bukan
mereka disoal, tapi kita disoal.
Wanita ada usul, lelaki pun ada usul. Kalau wanita
salah atau silap, janganlah kita marah. Sekali di
rumah 'Aisyah RdA telah datang hidangan madu dari
isteri lain untuk Rasulullah SAW. 'Aisyah telah baling
madu itu tapi Rasulullah SAW tak marah. Kita kena
bentuk mereka - seperti Rasulullah SAW, Baginda SAW
biasa uli tepung, bersihkan rumah dsb. Hari ini kalau
isteri kita sakitpun, dia kena kerja juga. Janganlah
begitu.
Agamalah yang beri kepada kita hak. Tapi hak agama
melebihi hak semua orang. Bila agama makin lenyap,
maka lebihlah diperlukan kita memenuhi hak agama. Hari
ini agamalah yatim yang terbesar - tak ada rumah yang
mahu terima agama. Agama macam seorang bernama Abdul
Ghafur yang dibesarkan dalam suasana di mana kalau
kesalahan dibuat, ditegur oleh orang-orang tua.
Kemudian orang-orang tua dah mati dan tinggallah Abdul
Ghafur. Apabila dia membuat teguran, orang-orang muda
tak terima dan disuruh keluar. Abdul Ghafur menangis.
Dia berjumpa orang lain - Lala - yang bertanya sebab
apa dia menangis. Lala pula bersimpati dengan Abdul
Ghafur dan mengajaknya datang ke rumahnya dan
mengatakan bahawa dia terima Abdul Ghafur. Begitulah
hari ini dalam rumah orang Islam tak ada tempat untuk
agama, tapi ada orang lain yang haus yang terima. Hari
ini orang Amerika terima agama, dan orang Eropah
terima agama, tapi orang Islam buang agama. Allah SWT
tak perlukan kita; kita perlukan Allah SWT. Kalau kita
tak mahu agama, Allah SWT boleh tendang kita dan
gunakan orang lain untuk sebarkan agama.
Tanggungjawab kedua para wanita adalah supaya
mentarbiyah anak secara Islam, dan mendorong
orang-orang lelaki keluar ke jalan Allah SWT. Seramai
mana orang lelaki keluar sebanyak itulah agama masuk
ke dalam rumah dan sebanyak itulah keamanan dan
kemakmuran di dalam rumah. Tanggungjawab ketiga adalah
untuk menghidupkan agama dalam diri. Akhlak baik dan
sifat malu harus dipupuk. Sembahyang lima waktu harus
dijaga pada waktunya. Zikir dibuat pagi dan petang.
Masa ditetapkan untuk bacaan Qur'an. Masa ditetapkan
untuk taalim harian. Dengan cara ini, rumah jadi macam
masjid, iaitu amal rumah jadi macam amal masjid. Rumah
demikian dirahmati dan rahmat tersebar ke rumah-rumah
lain.
Kalau kita terima dan peluk agama yang yatim, seperti
Halimatussa'diah terima dan peluk Rasulullah SAW yang
yatim, yang menyebabkan rumahnya dipenuhi berkat dan
rahmat, rumah-rumah kita juga dipenuhi berkat dan
rahmat. Oleh itu doronglah orang lelaki rumah
puan-puan untuk keluar dan tertiblah diri puan-puan
beberapa bulan sekali untuk keluar bersama laki-laki.
Di tempat kami, ada orang-orang miskin mendorong
lelaki mereka keluar: "Allah SWT pelihara kami dan
abang." Bila mereka habis wang dan nak balik, isteri
mereka kata jangan balik dulu - mereka akan jahit,
dsb., dan hantar duit kepada suami. Bila mereka balik
Allah SWT tambahkan berkat di rumah.
Wanita dibenarkan bekerja untuk jalan Allah SWT,
seperti sahabiah-sahabiah RdA. Kalau keadaan tak cukup
kerana agama - wanita dibenarkan kerja, tapi untuk
besarkan dunia - tak dibenarkan. Sekali Hassan RdA
sakit, dan Ali KrW dan Fatimah RdA nazar untuk
berpuasa tiga hari. Ali KrW pergi jumpa seorang yahudi
dan ambil upah buat benang daripada kapas. Fatimah RdA
tolong. Dapat upah bijirin dan buat tiga biji roti.
Bila nak buka puasa datang seorang fakir dan minta
sedekah. Tiga biji roti diberikan dan mereka buka
puasa dan sahur dengan air dan tamar. Hari kedua
diambil upah lagi dan roti dibuat, dan kali ini datang
seorang miskin minta sedekah bila nak buka puasa. Roti
diberikan lagi. Hari ketiga diambil upah lagi dan roti
dibuat, dan kali ini datang seorang tawanan pula minta
sedekah bila nak buka puasa. Roti diberikan lagi. Hari
keempat Rasulullah SAW datang, dan lihat Fatimah RdA
pucat. Allah SWT turunkan ayat dalam surah Adh-Dhahr
memuji Ali KrW dan Fatimah RdA. Ia jadi asbab untuk
agama tersebar.
Hari ini agama dalam keadaan teruk dan kita masih
sibuk menambah harta, dan tak benarkan suami keluar ke
jalan Allah SWT. Macamana agama akan tersebar!?
Berilah nama untuk pergi negara jauh dan untuk suami.
Kami nak lihat macamana masturat-masturat lama di sini
buat kerja. Masa pun dah habis walaupun benda nak
cakap tak habis. Wanita yang beri suami keluar pada
hari kiamat akan dibangkitkan dengan keluarga anbia',
siddiqin, syuhada' dan salihin. Wanita yang sediakan
tempat tidur suami untuk keluar akan masuk syurga lima
ratus tahun dahulu daripada suami mereka yang
keluar...

1 ulasan: