Selasa, 10 Ogos 2010

Nafkah zahir hak Isteri

Ada sesetengah suami, dapat isteri yang bekerja or bergaji lebih, lupa or buat-buat lupa menunaikan hak isteri. Yelah, isteri dah berduit sendiri, pada dia tak perlu diberi duit. Salah tu.... Perlu diingatkan walaupun isteri bekerja, suami tetap wajib beri nafkah pada isteri, walau cuma RM50 sebulan (untuk kegunaan isteri, bukan untuk beli barang dapur, ya...). Isteri berhak menuntutnya nafkah zahir ini, dan jika suami ingkar, isteri boleh mengadu atau buat laporan... (bukan utk bercerai, ya.... tapi mengadu yang suami gagal beri nafkah pada isteri).
Suami juga tiada hak atas duit isteri. Jika dia menggunakan duit isteri tanpa izinnya (atau tanpa rela), HARAM hukumnya. Kalau masa berbelanja barangan dapur atau keperluan lain, jika suami ckp "guna duit awak dululah, nanti abang ganti.".... suami WAJIB ganti sebab itu dah jatuh hutang, unless si isteri menghalalkan. Jangan pandang remeh soal nafkah, kerana ia melibatkan dosa pahala.

Hidup suami isteri kena ada give & take... Tapi saya perhati kebanyakkan kepincangan rumahtangga berpunca dari soal nafkah zahir & batin. Kenalah ingat, jika isteri gunakan duitnya untuk perbelanjaan keluarga, isteri itu dapat pahala sedekah, tapi tidaklah bermakna suami boleh lepas tangan kerana nafkah zahir TETAP tanggungjawab suami.

Sesungguhnya tanggungjawab suami amat berat. Jika suami gagal menunaikan nafkah dan jika terdetik di dalam hati yang saya tidak redha dengan apa yang berlaku, automatically dah jatuh berdosa. Sebagai isteri yg diizinkan bekerja, saya bantulah apa yang patut untuk meringankan beban suami.

Kewajipan suami memberi nafkah kepada isteri ini berdasarkan perintah Allah yang terkandung dalam al-Quran dan al-Sunnah. Allah berfirman yang bermaksud: “Dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya.” (Surah al-Baqarah, ayat 233)

Firman Allah yang bermaksud: “Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya dan orang yang disempitkan rezekinya maka hendaklah dia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu); Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya. (Orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan.”

Ayat itu menjelaskan suami wajib menyediakan makanan, pakaian dan tempat tinggal untuk isteri secukupnya, berdasarkan kemampuan tanpa lokek atau berlebih-lebihan. Jika suami tidak menjalankan tanggungjawabnya atau nafkah yang diberi tidak mencukupi sedangkan dia mampu maka isteri boleh mengambil daripada harta suami dengan cara yang makruf walaupun dia tidak mengetahuinya.

Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Aisyah, bahawa Hindun binti Utbah, isteri Abu Sufyan mengadu kepada Rasulullah SAW: “Ya Rasulullah, sesungguhnya Abu Sufyan seorang yang kedekut. Dia tidak memberi nafkah kepadaku dan anakku kecuali apa yang aku ambil dari hartanya tanpa pengetahuannya. Baginda menjawab: Ambillah apa yang mencukupi untukmu dan anakmu dengan cara yang makruf.”

Pemberian nafkah boleh dilakukan dengan cara suami menyediakan segala yang diperlukan isteri dan anaknya atau suami memberikan wang kepada isteri untuk membeli keperluannya. Jika suami sudah sediakan nafkah wajib ke atasnya, wang tidak perlu diberikan lagi.

8 ulasan:

  1. salam pertanyaan saya......bagaimana pula jika suami lupa or bt x tahu sahaja hendak berikan nafkah zahir kepada isteri?bagaimana harus menyedarkannnya?saya bukan jenis yg suka peringatkan banyak kali cukup lah sekali saya memberitahunya tentang nafkah? sya tidak mahu dia berdosa atas sebab ni tolong saya....

    BalasPadam
  2. Salah ke kalau kita mintak nafkah zahir pada suami..yela sejak kawin lagi saya duduk serumah dengan mErtUa..keperluan semua cukup cuma pakaian jela ..sampai ada yang perasan Selalu pakai baju yang sama sampai lusuh..bukan suami tak mampu tetapi ada sedikit masalah..saya dah banyak Kali mintak dengan dia.sampai saya naik fedup sebab selalu mintak..saya tak nak dia berdosa atas kelalaian yang dia buat.

    BalasPadam
  3. maaf saudara. setahu saya, nafkah berbentuk duit bukan satu kewajipan. sekiranya suami dan sediakan makan minum, tempat tinggal dan keperluan asas lain, tak perlu lagi sediakan wang poket sebagaimana fahaman saudara. sila rujuk ulama yg dipercayai. sekian.

    BalasPadam
  4. saya ingin bertanya..apa kah suami terlepas dari beri nafkah zahir jika isteri duduk dengan mertua dan segala makan minum pakai isteri dan anak2 mertua yang tanggung,cuma kadang2 sahaja suami beri duit,itu pun dlm 2 ke 3 bulan sekali paling bnyak pun rm300..anak2 ada 3 org..bukan suami tak mampu tapi terlalu berharap pada keluarga dia..

    BalasPadam
  5. sekadar komen ringkas...tanpa nama, hak anda mmg utk dapatkan nafkah zahir - makan minum, pakaian dan tempat tinggal dr suami. Itu wajib atas suami, dia x buat dia tanggung dosa. Mungkin sebab tinggal dgn mertua dan mertua baik hati smpai tanggung byk benda, itu normal sbb mmg berlaku dlm masyarakat kita.tp itu bukan nafkah, itu sadaqah. jadi suami tak boleh lepas tangan. Kena cari cara nasihatkan suami, sedarkan dia tanggunjawab dia. Mcm mana nak nasihat, itu ikut kesesuaian dan kebijaksanaan kamu, itu suami kamu, kamu lebih tahu macam mana nak nasihat dia. Mungkin pujuk dia duduk rumah sendiri dulu, dari situ perlahan2 hal nafkah ni akan dpt perhatian dia. sbb kalao masih duduk dgn mak sendiri mmg tak sedar diri, tambahan mak rajin sponsoisr famili sendiri. Kalau dah buat mcm2 bagi nasihat semua suami tak sedar diri jugak, bole buat permohonan nafkah terhadap suami di mahkamah. kalau Puan tinggal di selangor, pi mahkamah dan mohon di bawah s. 61 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003. Selamat berjaya!

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum....
    mintak izin untuk ambil maklumat dan menggunakannya dalam tugasan saya...t.kasih
    semoga Allah s.w.t mudahkan segala urusan saudara/i... :)
    JazakAllahu Khairan

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum....
    mohon share tuan ...terima kasih

    BalasPadam
  8. Assalam..sekadar bertanya, suami tidak menyediakan tempat tinggal isteri dan anak (menumpang dirumah emak) adakah ini termasuk tidak memberi nafkah zahir?

    BalasPadam